Sunday, 28 October 2012

Pergi Takkan Kembali...

Duit Raya Haji....

Sebaik sahaja aku sedar, aku melihat jam...masih awal lagi....namun entah kenapa aku terdetik nak gerak awal hari ni ke masjid...(keajaiban dunia kelapan neh!)hehehe

Aku bersiap untuk menunaikan solat sunat aidiladha...rasanya tahun ni raya haji disambut tak semeriah lalu....orang pun kurang je yang balik...selalu kalau aku datang masjid, memang dah sarat gila...(anak-anak pulang beraya)..heheh

kosong je perkarangan masjid
Lepas aku mengambil wuduk, aku meninjau-ninjau bahagian solat wanita...kot-kot dia ada...leh aku bawa berborak...memang setiap kali raya, aku akan mencari dia ketika di masjid...entahlah...aku pun tak tau kenapa...namun wajahnya tak kelihatan...aku mematikan niatku....

Selepas khutbah, aku pergi keluar...namun wajahnya masih tak kelihatan...aneh...selalunya dia ada untuk membantu urusan hidangan makanan....namun aku lihat makanan sudah tersedia...

Sedang aku termenung kat tembok, Pak Cik Kenong memanggil aku...

"Weh Along, sini...kira duit sekarang"

Aku tersenyum panjang

Uniknya masjid aku, tak kira raya aidilfitri ke aidiladha, budak-budak leh dapat duit raya! (hah kalau nak datanglah raya taon dpn)hehehe...Aku tak taulah kalau masjid tempat korang ada...tapi dah 18 tahun aku beraya di masjid kampung aku ni...dah 18 tahun aku menerima sahaja...namun tahun ni sudah tiba aku ke satu peringkat lagi-menolong orang membahagikan duit...

Setiap orang yang ingin menderma akan meletakkan duit dowg dalam pinggan yang disediakan...ataupun akan ada orang yang kutip..Lepas itu duit yang terkumpul akan diberi sama rata kepada semua kanak-kanak yang hadir...(sape balik awal tak dapatlah...hehehe)...so dipendekkan cerita oleh sebab orang tahun ni tak seberapa ramai, tapi duit banyak jugak...kayalah budak-budak walaupun di raya haji...

perkiraan untuk tahun ni


Secara totalnya dapat rm460....dibahagikan sama rata kepada kanak-kanak yang seramai 40 orang...so dapat lebih kurang rm 11 seorang!...(Mak oi,raya ari uh dapat 7 hinggit je...raya haji dapat 11 hinggit)...



Lepas siap mengira, aku pun duduk ditepi melihat dorang membahagikan duit...aku tau aku takkan dapat... (dah besau ooo)...tiba-tiba salah seorang pakcik yang membahagikan duit uh datang pada aku...

"Nah amek ni"

Dia menghulurkan rm11 hinggit pada aku...lekas aku memasukkan ke dalam poket...hehehe...(thanks pak aji!)

Selepas selesai aktiviti di masjid, aku masih menunggu di luar...namun kelibatnya tidak ku kelihatan...aku melihat ibu dan adiknya keluar dari bahagian perempuan...

Namun dia tidak kelihatan...

Tiba-tiba member aku menepuk bahu aku dari belakang....

" Along, Siti takkan kembali walaupun kau datang seawal mana pun ke masjid...sebab dia dah kembali,,,kembali kepadaNya yang lebih menyayanginya...."

Aku tersenyum...lantas aku turun lalu memakai selipar aku...sebelum aku keluar, aku barkata kepadanya...

"Aku tau bro..." dia terus tersenyum...dan aku berlalu pergi...

Al-Fatihah......


No comments:

Post a Comment