Sunday, 16 December 2012

My Dirt Cheap Ohsem Earphone..=)

Alkisah aku tengah duduk bosan2..tetiba aku terdetik nak mencari aku punya mp3 sony yang dh usang gila2 sampai penutup un ilang..hahaha...lalu puas gak aku mencari..akhirnya jumpa juga!

uzur dah...hukhukhuk!
Lalu aku bawa balik ke penang sebab aku memang rindukan kualiti bunyi daripada sony walkman aku ni...memang ohsem nak2 bila dipadankan dengan earphone sony yang original...huh tak dengar keliling... kadang2 law bapak aku pakai sampai tertido dia...hahaha!

Ni antara mp3 kurun ke berapa entah...memang aku punya ni antara first version punya mp3 sony dalam model yang sama...sekarang dah lain...

yang bawah aku punya..yang atas generasi baru punya,..lain tapi sama kualiti..

Tapi lepas satu kemalangan,aku kehilangan penutup dan earphone yang ori...puas jugak aku mencari earphone yang berkualiti untuk menggantikan earphone yang dah banyak berjasa pada aku...namun aku tak juga jumpa...lalu mp3 aku abaikan setelah teknologi berkembang pesat dengan kemunculan android yang lebih menarik perhatian aku...(kisah sedih) huuhuh!

Bila aku dah bawak balik penang, aku cuba padankan dengan earphone samsung aku...memang sedap!mengalahkan music player dalam hanset aku sendiri...walaupun tak sama dengan earphone asal, tapi at least ada gak yang boleh digunakan..hahaha!

Sampaiah aku bertemu dengan pemilik A/V Man (jual barangan secara online), dia mencadangkan aku mencuba earphone edarannya...hahaha aku mula2 rasa sangsi jugak tapi tak salah mencuba..lagipun katanya nak taja blog aku...wahhh terbaik!hahaha! lagipun aku memang gila2 dengan gadget ni...hahaha!!

kotak dia pun nak amek gambo..adoii..hahah!!

Well nama earphone ni XKDUN CK-700..(dah macam produk kesihatan dah...)hahaha! so memang lepas aku dapat straight terus aku cucuk ke mp3 aku...(tak sabar!)hahaha!! mula2 lepas letak kat telinga, terus tak dengar sekeliling...wahhh ini bagus!!

warna putih!! best!!
First lagu yang merasmikan lagu ni mestilah lagu baru Azlan and The Typewriter- Tanda Tanya...aku memang minat gila2 ngn band indie ni..memang kualiti bass di tahap yang ohsem gila!! hah aku dah jumpa pengganti yang sesuai!

Selain tu earphone CK (atau Cik Kiah...tak de kaitan..hahaha!!) ni leh jugak dipadankan dengan komputer atau phone tanpa hilang kualiti bass nya...hah! tapi aku lebih prefer ngn mp aku...memang padan dan ngam!! macam couple!hahaha!!

Kini mp3 aku kembali beraksi...hahaha!!

ngam and ohsem!

p/s: hah sony, kau dah jumpa pengganti, jaga Cik Kiah ni betol2 tau! hahaha!!

So bercerita sikit sal A/V Man, Kalau kat luar memang harga earphone ni mencecah jugak 60 lebey..terkejut beruk aku...tapi kalau beli online dengan  A/V Man , korang leh dapat lam 30 lebey je..wahhh murah2!

Klik je kat SINI kalau nak beli earphone ni...atau boleh je korang nak comment kat bawah ni kalau nak... selain tu, korang jugak leh klik A/V Man kalau nak pergi tengok barang2 lain yang korang berkenan...


3 comments:

  1. ehem2..hehhe..bg acik stu bleh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik nak beli ke?leh inform kat mirul...•﹏•

      Delete
  2. alarhhh...
    mieyrul kc free je la..
    ngeh3

    ReplyDelete