Thursday 15 November 2012

Nafsu Ber "Western"

Kekadang kita sendiri tak leh nak tahan nafsu kita...nafsu makan,nafsu shopping,nafsu nak blogwalking (hah korang lah uh...hahaha...gurau3...)

Bila member baik aku yang juga seorang penuntut dalam bidang nursing balik, (yup dia seorang lelaki dalam bidang nursing)...weh jangan terkejut aww...awek keliling pinggang aww...hehehe gurau2...(tapi dia kata 80 peratus perempuan lah der...puhhh 0_o)

Okeh3 dah jauh trpesong uh...so bila member aku balik macam-macam aku rasa nak buat dengan dia...(nurse an cuti seminggu je...kejap nak mampos lak).. and biasalah...first sekali mesti nak keluar makan...nak cerita dengan dia macam mana usha awek, awek orang mana, berapa orang awek ada kat sana...hahaha gurau3...

Kitaorng pun singgah di foodcourt kipmart...sebab kadang-kadang makanan yang pelik-pelik kita jumpa kat foodcourt shopping complex..contoh masa form 4 kat saser dulu aku pergi Terminal 1...tulah first time aku pergi foodcourt dia jumpa mi sizzling...hahaha! (Agak ketinggalan betul aku neh)...

singgah at kipmart segamat...ngeh3!

Back to the story-mory,hehehe....aku pun pergilah ke foodcourt ngn member aq...(lupalak nak introduction himself...hahaaa his name is faris...)...

Mula-mula planning nak minum ais blended je sebab aku tak kelaparan...tapi tetibe lak faris cakap ngn aku..

"Der ko nak makan x?kalau nak makan aku makan sekali..."

Dalam hati aku kuat mengatakan yang member aku ni memang tengah kelaparan...kesian lak aku tengok...

"ok jom!"

Aku pun mencari menu yang boleh mengenyangkan dia..tapi aku mencari sesuatu yang baru...tiba-tiba mata aku terpaku di depan kedai western...(asyik makan western je aku ni an?...anak mat salleh ape?hahaha)

Aku tertarik pada satu menu dimana intinya yang diisi dengan daging ayam/daging/kambing dengan dibalut roti papita (eh betul ke aku eja? Lantaklah) yang lazat dan panas...puhhh xtahan...

"Bang, saya nak wrapped beef satu!"

"ok dik ..harga rm8.90..."

Selepas dibayar biasalah bukannya terus siap...at least 10 minit...ok tarak hal...aku kembali ke meja dulu....tengok faris dengan mi bandungnya bersiap siaga untuk berperang ngn aku...hahaha!

Selepas 10 minit aku pun mengambil makanan aku...

sedap tak agak-agak?

Aku pun tak menunggu masa nak ngap bendalah ni...tapi memang kenyang betul...sumpah kenyang...

Buat pertama kali aku makan kat western food kat foodcourt yg mengenyangkan...(selalu an western food kat foodcourt shopping complex bknnya kenyang sangat)

Cubalah sendiri...hehehe!!
posted from Bloggeroid

2 comments: